BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 15, 2009

Besi ke permata??

People always said that" kamu adalah permata yang perlu digilap supaya suatu hari nanti akan menjadi sesuatu yang amat berharga...bla..bla...bla..". But dont you realise that once you become the diamond, the tendency for you to become arrogant and forget the others.
Aku berpendapat lebih baik aku menjadi besi yang memegang permata itu kerana walaupun orang hanya memuji permata tetapi tanpa besi yang memegang, permata tidak akan mendapat tempat diatas....

Monday, April 13, 2009

Ke MALU an Terserlah

Kalo aku jadik rakyat Thailand, Malu kot aku skang.... Yela, orang dari negara lain datang negara dia nak wat satu perbincangan yang diharap dapat membawa perkara yang baik kepada rakyat di rantau Asia ni....Tapi diorang sibuk lak nak demonstrasi jalanan....Tak senonoh kot....
Nape lak aku sibuk pasal negara orang lain?????????

Wednesday, April 8, 2009

Evolution....Where's the truth?

Kite nak jadi macam ni ke???????????????????????????????????????????????????????

Baru-baru ni aku baru belajo pasal evolusi dan menarik gak sebab akhirnya baru dapat gambaran yang jelas kenapa ramai yang menentang teori Charles Darwin tu. Ada beberapa point yang aku blajo:

  1. Evidence from the fossil: Memang ahli arkeologi jumpe fosil tu tapi fosil yang diorang jumpe tu tak menunjukkan sebarang penemuan dan bukti yang kukuh bahawa spicies yang dijumpai tu terevolusi dari satu organisma yang lain.
  2. Domestic animal: Anjing, ayam, pig, dan banyak la binatang-binatang domestik yang ada sekarang ni merupakan evolusi daripada satu nenek-moyang yang sama. Contohnya anjing yang berasal daripada sejenis serigala yang dikenali dengan nama grey hound telah menjadi haiwan peliharaan manusia purba dan akhirnya mereka telah menjadi sahabat baik kepada manusia. Disebabkan kepelbagaian yang ada pada setiap organisma tersebut telah menjadikan manusia membiakkan mereka mengikut keperluan yang tertentu. Hasilnya pada hari ini terdapat perlbagai jenis anjing yang boleh kita jumpai.
I think these two points doesn't show the truth about the theory because it doesn't have strong evidence that can make it occur as knowledge. I think Darwin just make an assumption and from the assumption, he make a knowledge that it is clearly have manipulate people's belief toward the creation of human.

Monday, March 30, 2009

ULOR MASUK RUMAH........

Semalam aku call parent aku dan tetiba bapak aku yang jawab. Agak pelik la sebab bapak aku sepatutnya ada kat Kluang, tapi semalam ada kat rumah plak....
Lalu berkatalah bapak aku," Tadi ular masuk dalam seluar Paan( name adik aku)". Nasib baik la ulor tu tak buat ape-ape...Takut gak aku dibuatnya. Pastu mak aku pulak cakap hari ni ulor masuk dalam rumah sampai dua kali...Masyallah....Buat rombongan ke hape menatang tu.....
Ape-ape pun aku bersyukur la sesangat tak ada ape-ape yang jadik kat family aku....

Last Saturday, Zurin, Remy, Hafiz, Pian, Jidi and I went to Low Yatt plaza. Each of us have our own mission. Me, myself have bought new DVD writer and also upgraded my RAM up to 3GB. (maklumla baru dapat RM460....).

Kiteorang mula berjalan dari kolej pukul 10.30 kot...tak berapa ingat.la masa bertolak. Tapi yang pasti balik tu dah nak dekat pukul 12.00 gak..Kebetulan mase pergi tu Earth Hour akan dijalankan gak malam tu jadik sempat gak tengok KLCC gelap. Bukan senang nak nampak KLCC gelap, tu pun kalo pencawang elektrik TNB roboh ataupun semua lampu kat KLCC tu meletup....

Sunday, March 22, 2009

Finish...

Motivational camp already finished but my work still does not finish. Problem gak ni...

Wednesday, March 18, 2009

Believe or not to believe....

Tadi aku tengok rancangan Ally kat TV3 dan topik yang dia bawak tadi adalah pasal bomoh. Bercakap pasal bomoh ni aku teringat la plak pasal keluarga aku dan saka ni. Dulu arwah atuk aku ada bende alah ni dan mak aku hampir-hampir dapt menatang alah tu(pinjam ayat Cikgu Ikhwan skeettt....) tapi nasib baik la family belah mak aku dah ikhtiar untuk buang bende tu..Kalo tidak...aku pulak yang jadik pewarisnya sebab setahu aku,dia akan pergi kepada orang yang paling rapat dengan orang yang ada bende tu. Aku sempat gak la merasa melihat bende-bende ghaib ni tapi tak best la sebab menakutkan..
Berbalik kepada rancangan tu tadi,rata-rata tak mempercayai bomoh ni. Adakah kerana nama bomoh itu sering dikaitkan dengan perkara-perkara sihir dan syirik? Kalo letak nama pengamal perubatan tradisional diorang boleh diterima pulak....Aku pun tak pasti bomoh tu macam mana sebenarnya(maklum la cetek ilmu...) tapi pada aku bomoh ni sama je seperti doktor yang belajo kat India atau kat UK dan mane-mane sekolah perubatan. Sebabnya, mereka semua mempunyai perantara dan mereka juga mempunyai hujah mereka sendiri untuk menerangkan penyakit yang pesakit mereka hidapi...Yang berbeza hanya perantaraan yang mereka guna dan ilmu yang diorang ada. (mati aku kene marah ngan dak-dak medik......)

Anyway it's depend on how people see it and the experience that the person have regarding the issue.....

We see - they observe,
We talk - they whisper,
We fight - they are happy.........
and that is what our true enemy is doing...

SO...........

BE CAREFUL...


Tuesday, March 17, 2009



Batu belah batu bertangkup,
Cerita warisan jadikan teladan,
Jika berpecah semua lingkup,
Siapa pembela adat dan warisan?

Agama Islam agama rasmi,
Menjadi panduan manusia sejagat,
Namun penghayatannya dipandang sepi,
Tidakkah kita berasa tergugat?

Johor tempat orang bersiung,
Perak tempat dihina orang,
Wahai manusia tak sedar dek untung,
Sedarlah diri sebelum diserang......